Thursday, May 20, 2010

terima kasih Cikgu..



Mukadimah awalan kata

salam ukhwah untuk semua..

bertepatan dengan sambutan hari guru baru2 ini, ramai guru2 dan para pendidik yang berbesar hati lantaran di anugerahkan hari penuh makna khas untuk golongan 'muallim' ini. ucapan selamat hari guru yang penuh bermakna daripada kalangan pelajar khususnya membawa makna tersurat kepada para guru, yang pastinya berbangga lantaran melihat anak didiknya berjaya 'membentuk' hala tuju hidup sendiri dan menjadi orang-orang yang berjaya. titipan penghargaan dan berbanyak terima kasih juga ditujukan buat yang terutamanya kepada kedua ibu bapa, serta para guru, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah, sir, madam dan dalam bentuk apa jua gelaran sekalipun kepada golongan pendidik ini, yang telah pun mencurahkan ilmu sepanjang saya menjalani alam tadika, sehinggalah ke menara gading. pastinya curahan keringat dan usaha yang bukan sedikit disalurkan dan ditumpahkan untuk menjana generasi yang ada sekarang mahupun di masa hadapan. di samping itu, kata ampun dan maaf juga turut disandarkan lantaran pelbagai bentuk kelemahan dan kesilapan amal mahupun kata pernah terucap, hatta mengguris hati dan perasaan sekalipun, mohon ampunan dan semoga dimaafkan. sesungguhnya, khidmat dan bakti kalian hanya dapat dibalas oleh Yang Maha Kuasa sahaja.

"Adapun orang yang memberikan apa-apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya.). Dan dia mengakui dengan yakin perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami kelak akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesenangan (syurga)."
(Al-Lail: 5-7)

penghormatan buat para guru yang telah menyampaikan curahan ilmu kepada anak didiknya. penghormtan buat guru-guru yang telah menjadi contoh teladan yang baik buat pelajar dan melaksanakan tugas yang sukar ini dengan sesungguhnya.. semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat ALLAH jua.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment