Tuesday, May 25, 2010

blame the 'WOLF'?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sila baca artikel melalui link di bawah

http://www.hmetro.com.my/articles/Lupushutangataudapataib/Article/

"""Blaming the WOLF would not help the SHEEP much, the sheep must learn NOT to fall into the clutches of the wolves"""---mahatma gandhi

renung-renungkan..

Wallahua'lam

Sunday, May 23, 2010

sebaik-baik pemimpin

"kenalkah siapa dia Sultan Muhammad Al-Fateh?"
pertanyaan tentang pemimpin islam agung ini dijawab dengan pertanyaan pula.
"siapa tu?"

ramai kalangan generasi sekarang tidak mengenal tokoh islam ini. lantaran kerana kewujudannya tidak ditonjolkan dalam silibus pembelajaran sekolah (dan banyak sebab lagi!) malah sebahagian besar masyarakat islam merasa asing akan nama pemimpin ini walhal dialah antara tokoh teladan yang perlu dicontohi, diperingati dan dikenali lantaran keperibadian dan usahanya dalam menjunjung dan memartabatkan islam. dialah pemimpin mujahidin islam dalam menentang keangkuhan tentera Romawi, menakluki Kota Konstantinopel dan merealisasikan sabda Junjungan Muhammad S.A.W:

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R Ahmad bin Hanbal Al Musnad 4/335)

kebenaran Hadith Rasulullah S.A.W ini terbukti 800 tahun kemudiannya setelah Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin tentera islam. cubaan yang dilakukan pemimpin2 sebelum itu yang berusaha menakluk Konstantinopel bukannya sedikit. dimulakan oleh Saidina Ali, seterusnya Muawiyah bin Abi Sufian, Sultan Sulaiman dan banyak lagi namun kesemuanya tidak berjaya dengan izin Allah. Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menawan Kota Konstantinopel.

" Hai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." Surah Ali-Imraan:200

"....kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang layak menjadi ibu negaranya." --Napoleon Bonaparte



pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam menjayakan misi menawan Konstantinopel. Sultan Muhammad Al-Fateh mngambil pendekatan dengan menakluk kota2 di sekitarnya terlebih dahulu sebelum menawan Konstantinopel. beliaulah anak muda berjihad fisabilillah yang sangat mematuhi etika peperangan sepertimana yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W dalam perjuangannya. ini juga merupakan salah satu sebab kejayaan menakluk kota itu di samping bantuan Allah Azzawajalla kepada hambaNya yang berjuang di jalanNya dan semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera islam ketika itu. malah kesatuan yang ditunjukkan negara2 islam ketika itu yang bersatu dalam membantu usaha Sultan Muhammad Al-Fateh turut menyumbang kepada kejayaan penaklukan tersebut.

semasa hayat Sultan Muhammad Al-Fateh juga, beliau telah menakluki dan memerintah 25 buah negeri, setelah menaiki takhta sewaktu berusia 19 thun. beliaulah antara contoh tokoh terbaik kebanggaan umat islam.

Walahua'lam

Saturday, May 22, 2010

senyumanmu..



senyuman membuahkan ketenteraman bagi mereka yang menatapnya.

benarkah?

Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

semudah menyampaikan senyuman ikhlas kepada saudara yang lain juga menggambarkan ibadah, betapa pula hikmahnya tatkala 'senyum' di waktu menerima ujian dariNya..

'senyumanmu dilingkari keinsafan, keluhuran hati mendepani dugaan, demi maghfirah-Nya.."


Easier said than done.
hanya mereka yang tegar hatinya, yang tabah jiwanya, yang sentiasa berlapang dada dan teguh ikatannya dengan Tuhan, yang mampu melakukannya.

Junjungan Baginda S.A.W, teladan terbaik buat umat sentiasa digambarkan memberikan senyuman indah buat para sahabat yang menyalurkan impak positif luar biasa buat para sahabat R.Anhum.
ini disaksikan sendiri oleh para sahabat
akan corak kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)

namun, gambaran tingkah laku dan senyuman yang dipamerkan haruslah diiringi dengan nilai ketegasan dalam membentuk keperibadian diri dan hati. penegasan bukan sahaja mencerminkan akhlak individu, malah melambangkan keperibadian muslim itu sendiri...





Friday, May 21, 2010

Nikmat air---


semua tentang air..

"nikmat air yang dikurniakan oleh Allah S.W.T seharusnya dimanfaatkan oleh setiap orang dengan sebaiknya. . ini juga merupakan salah satu daripada tanda kita bersyukur akan nikmat2 yang tidak terhingga dikurniakan oleh Allah Azzawajalla kepada seluruh umat manusia."

mengapa dikatakan sumber air itu lambang kehidupan?

ini adalah kerana air menjadi 'wadah' penting untuk lanjutan kehidupan manusia. sumber ini diperlukan lantaran fungsinya yang pelbagai, yang melengkapkan norma aktiviti semua hidupan. Digunakan untuk menyucikan, sebagai tempat habitat hidupan air, memenuhi bekalan nutrient dalam badan, menjadi medium untuk metabolic and chemical reaction dalam badan dan pelbagai fungsi lain. malah, human body memerlukn kuantiti air yang cukup setiap hari bagi memenuhi tuntutan keperluan tubuh badan.. tanpa air................


" our world is unique. its the planet with water on the surface and water is why there is life on earth. life sprang from water, all living things are largely made up of water and water is the one thing without which we cannot live for long. with vast ocean covering 70% of the earth surface, it seems like there must be plenty of water for everyone. yet, we are on the brink of global crisis. the lives of billions of people and wild animals are threatened by a rising human thirst for water, that most precious of all our resources.."
-(national geographic featured articles)



depani cara-cara untuk memelihara sumber air-( they ll start with you) daripada link ini
http://www.wateruseitwisely.com/100-ways-to-conserve/index.php

Thursday, May 20, 2010

terima kasih Cikgu..



Mukadimah awalan kata

salam ukhwah untuk semua..

bertepatan dengan sambutan hari guru baru2 ini, ramai guru2 dan para pendidik yang berbesar hati lantaran di anugerahkan hari penuh makna khas untuk golongan 'muallim' ini. ucapan selamat hari guru yang penuh bermakna daripada kalangan pelajar khususnya membawa makna tersurat kepada para guru, yang pastinya berbangga lantaran melihat anak didiknya berjaya 'membentuk' hala tuju hidup sendiri dan menjadi orang-orang yang berjaya. titipan penghargaan dan berbanyak terima kasih juga ditujukan buat yang terutamanya kepada kedua ibu bapa, serta para guru, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah, sir, madam dan dalam bentuk apa jua gelaran sekalipun kepada golongan pendidik ini, yang telah pun mencurahkan ilmu sepanjang saya menjalani alam tadika, sehinggalah ke menara gading. pastinya curahan keringat dan usaha yang bukan sedikit disalurkan dan ditumpahkan untuk menjana generasi yang ada sekarang mahupun di masa hadapan. di samping itu, kata ampun dan maaf juga turut disandarkan lantaran pelbagai bentuk kelemahan dan kesilapan amal mahupun kata pernah terucap, hatta mengguris hati dan perasaan sekalipun, mohon ampunan dan semoga dimaafkan. sesungguhnya, khidmat dan bakti kalian hanya dapat dibalas oleh Yang Maha Kuasa sahaja.

"Adapun orang yang memberikan apa-apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya.). Dan dia mengakui dengan yakin perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami kelak akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesenangan (syurga)."
(Al-Lail: 5-7)

penghormatan buat para guru yang telah menyampaikan curahan ilmu kepada anak didiknya. penghormtan buat guru-guru yang telah menjadi contoh teladan yang baik buat pelajar dan melaksanakan tugas yang sukar ini dengan sesungguhnya.. semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat ALLAH jua.


Wallahua'lam