"kenalkah siapa dia Sultan Muhammad Al-Fateh?"
pertanyaan tentang pemimpin islam agung ini dijawab dengan pertanyaan pula.
"siapa tu?"
ramai kalangan generasi sekarang tidak mengenal tokoh islam ini. lantaran kerana kewujudannya tidak ditonjolkan dalam silibus pembelajaran sekolah (dan banyak sebab lagi!) malah sebahagian besar masyarakat islam merasa asing akan nama pemimpin ini walhal dialah antara tokoh teladan yang perlu dicontohi, diperingati dan dikenali lantaran keperibadian dan usahanya dalam menjunjung dan memartabatkan islam. dialah pemimpin mujahidin islam dalam menentang keangkuhan tentera Romawi, menakluki Kota Konstantinopel dan merealisasikan sabda Junjungan Muhammad S.A.W:
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R Ahmad bin Hanbal Al Musnad 4/335)
kebenaran Hadith Rasulullah S.A.W ini terbukti 800 tahun kemudiannya setelah Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin tentera islam. cubaan yang dilakukan pemimpin2 sebelum itu yang berusaha menakluk Konstantinopel bukannya sedikit. dimulakan oleh Saidina Ali, seterusnya Muawiyah bin Abi Sufian, Sultan Sulaiman dan banyak lagi namun kesemuanya tidak berjaya dengan izin Allah. Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menawan Kota Konstantinopel.
" Hai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." Surah Ali-Imraan:200
"....kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang layak menjadi ibu negaranya." --Napoleon Bonaparte
pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam menjayakan misi menawan Konstantinopel. Sultan Muhammad Al-Fateh mngambil pendekatan dengan menakluk kota2 di sekitarnya terlebih dahulu sebelum menawan Konstantinopel. beliaulah anak muda berjihad fisabilillah yang sangat mematuhi etika peperangan sepertimana yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W dalam perjuangannya. ini juga merupakan salah satu sebab kejayaan menakluk kota itu di samping bantuan Allah Azzawajalla kepada hambaNya yang berjuang di jalanNya dan semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera islam ketika itu. malah kesatuan yang ditunjukkan negara2 islam ketika itu yang bersatu dalam membantu usaha Sultan Muhammad Al-Fateh turut menyumbang kepada kejayaan penaklukan tersebut.
semasa hayat Sultan Muhammad Al-Fateh juga, beliau telah menakluki dan memerintah 25 buah negeri, setelah menaiki takhta sewaktu berusia 19 thun. beliaulah antara contoh tokoh terbaik kebanggaan umat islam.
Walahua'lam
No comments:
Post a Comment