Saturday, May 22, 2010

senyumanmu..



senyuman membuahkan ketenteraman bagi mereka yang menatapnya.

benarkah?

Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

semudah menyampaikan senyuman ikhlas kepada saudara yang lain juga menggambarkan ibadah, betapa pula hikmahnya tatkala 'senyum' di waktu menerima ujian dariNya..

'senyumanmu dilingkari keinsafan, keluhuran hati mendepani dugaan, demi maghfirah-Nya.."


Easier said than done.
hanya mereka yang tegar hatinya, yang tabah jiwanya, yang sentiasa berlapang dada dan teguh ikatannya dengan Tuhan, yang mampu melakukannya.

Junjungan Baginda S.A.W, teladan terbaik buat umat sentiasa digambarkan memberikan senyuman indah buat para sahabat yang menyalurkan impak positif luar biasa buat para sahabat R.Anhum.
ini disaksikan sendiri oleh para sahabat
akan corak kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)

namun, gambaran tingkah laku dan senyuman yang dipamerkan haruslah diiringi dengan nilai ketegasan dalam membentuk keperibadian diri dan hati. penegasan bukan sahaja mencerminkan akhlak individu, malah melambangkan keperibadian muslim itu sendiri...





No comments:

Post a Comment