Saturday, July 31, 2010

Jadi kenyataan.. Alhamdulillah^



"Tahniah!! Anda terpilih untuk menjadi ajk Program Pembangunan Modal Insan 2010..." Antara cebisan pesanan ringkas yang saya dapat sekitar bulan2 yang lepas.


Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur sebab dapat join program ni.. selain dapat menimba lebih banyak pengalaman "bekerja" dengan mahasiswa lain,, sekurang-kurangnya cuti semester yang sangat panjang (sekitar 2 bulan) dapat dimanfaatkan dan ilmu pun inshaALLAH bertambah..

terlibat dengan program ni banyak mencorak persepsi diri tentang kehidupan.. mungkin sebab sebelum ni selalu berada dalam 'zone selesa'..

pada tarikh 17hb julai 2010, kenangan paling manis yang insyaALLAH tidak akan dilupakan ialah sewaktu berpeluang berjumpa sendiri dengan Ust Hasrizal Abd Jamil, semasa sesi perjumpaan khas fasilitator bersama dgan ustaz selain mendengar ceramahnya secara live di masjid ums.. sebelum ni saya hanya berpeluang untuk membaca hasil tulisannya melalui blog saifulislam.com. bilamana dapat berjumpa dengan ustaz, saya cukup terharu dan sangat bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya dan sahabat2 yang lain dapat sama2 ambil iktibar daripada nasihat dan pesanan yang telah disampaikan oleh beliau lewat sesi2 ceramah dan perjumpaan2 yang diadakan. dengan membaca hasil tulisannya sahaja cukup memberi kesan pada hati, apatah lagi ketikamana mendengar ilmu dan peringatan demi peringatan yang telah beliau sampaikan melaui perkongsian pengalaman2 hidupnya yang sangat menarik yang sewajarnya menjadi iktibar buat diri saya dan sahabat2 serta para peserta yang lain..

Program Pembangunan Modal Insan ini lebih menjurus kearah membentuk keperibadian muslim yang cemerlang kepada diri peserta dengan menekankan kembali ciri-ciri islamik dalam seluruh aspek kehidupan seharian di mana penekanannya bersifat "kembali kepada islam" yang merupakan salah satu daripada unsur amar maaruf kepada masyarakat khususnya golongan belia..

antara kata-kata yang dikongsikan oleh ustaz kepada para peserta adalah petikan daripada kata2 Abu Al-Hasan Al-Asy'ari:

" Kamu belum benar-benar beriman sehinggalah kamu persoalkan iman yang ada pada diri kamu"

wallahualam..