Tuesday, June 1, 2010

'Cahaya' di bumi Beaufort

melewati perjalanan sepanjng kampung Bingkul Beaufort, suasana kelihatan meriah dengan kehadiran himpunan jemaah tabligh dan orang-orang islam yang bersatu hati berkumpul dan memenuhi ruangan masjid sempena perhimpunan (Jur) tahunan yang menghimpunkan jemaah-jemaah tabligh seluruh sabah. lokasi kali ini bertempat di Kampung Bingkul, lebih kurang 4 Km dari pekan Beaufort.

di tepi jalan kelihatan deretan kereta, bas dan motosikal yang menghiasi sepanjang 2 km di kampung bingkul.. ramai yang terpegun melihat himpunan besar orang-orang islam. pastinya himpunan yang berlangsung selama lebih kurang seminggu itu telah dirancang dengan teliti oleh ahli jemaah sendiri. banyak gerai jualan yang menjual pakaian muslimah seperti jubah, purdah dan sebagainya ada di jual selain makanan, minuman dan keperluan asas lain yang turut dijual di gerai-gerai sepanjang jalan..

paling 'best' dan terharu bilamana melalui laluan Kg Bingkul untuk ke Beaufort, kita dapat melihat 'cahaya-cahaya' islam dihidupkan di sana.. hati terasa tenang melihat ahli-ahli jemaah islam yng ber'cahaya' yang lengkap berkopiah, memakai jubah putih (muslimin) dan golongan wanita yang bertudung dan memakai purdah kelihatan sepanjang mingGU perhimpunan ini,dalam bilangan yang banyak.. suasana yang jarang- jarang dilihat dan hanya terdapat di tempat tertentu sahaja, iaitu tempat yang dirahmati ALLAH S.W.T kerana diadakan majlis ilmu dan majlis mengingati ALLAH di sana.
saya sangat bersyukur kerana bumi beaufort terpilih untuk menjadi lokasi perhimpunan (Jur) jemaah tabligh kali ini..

Alhamdullillahi rabbil alamin,
suasana ini bukan sahaja menarik lebih ramai orang islam untuk mendatangi masjid dan sama sama mendengar bayan dan majlis ilmu serta menghadiri majlis mengingati ALLAH, tapi juga mengeratkan ukhwah fillah sesama islam. suasana islam yang dirasakan, sangat dekat bilamana melihat penegak syiar islam dapat dilihat berkumpul atas dasar kerana ALLAH.. ada sebilangan ahli jemaah yang sanggup datang dari jauh, semata mata untuk turut serta dalam majlis ini.. sebilangannya tidak dapat tempat untuk tinggal yang selesa, tapi sanggup untuk menharung dugaan semata-mata kerana ingin melihat himpunan orang orang islam ini berjaya, dan misi dakwah amar makruf nahi mungkar itu sendiri dapat dilaksanakan.. bumi yang dihidupkan dengan Sunnah Nabi S.A.W dan mengingati ALLAH, diumpamakan oleh Baginda S.A.W sendiri umpama taman taman syurga..

tatkala 'event' sebeginilah ikram muslimin itu dapat dipraktikkan.. ini adalah kerana ada sebilangan jemaah yang mendiami kediaman jemaah lain untuk berlindung dan sebagainya. ikram muslimin yakni memuliakan hak sesama muslim sepertimana yang dituntut dalam islam merupakan salah satu daripada enam perkara yang dijelaskan oleh para sahabat r.anhum untuk mendapat kebahagiaan dunia akhirat dimana enam perkara tersebut ialah:

1) yakin atas kalimah Toyyibah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah.
2) solat khusyuk dan Khudu
3)ilmu dan zikir
4)ikram muslimin
5)ikhlas niat
6)mujahadah keluar di jalan ALLAH S.W.T.

InsyaALLAH, rahmat dan sakinah turun meliputi tempat-tempat dan himpunan seperti ini. ramai masyarakat yang lain termasuklah masyarakat bukan islam gerun apabila melihat himpunan seperti ini, bilamana orang-orang islam bersatu hati, dan berada dalam jemaah. Namun, himpunan ini menggalakkan sesiapa pun boleh hadir, termsuk orang bukan islam untuk mendengar bayan dan menghadiri majlis ilmu dan menambah pengetahuan tentang islam itu sendiri..

setakat itu sahaja untuk kali ini, INSYAALLAH gambar suasana himpunan jemaah kali ini saya upload akan datang..

InsyaALLAH

Wallahualam....^^^

No comments:

Post a Comment